Sultanah Kedah Sultanah_Maliha

Sultanah Maliha dijadikan Sultanah Kedah apabila paduka suami baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang baharu berikutan kemangkatan paduka kakanda ipar baginda pada bulan September 2017. Baginda Sultanah dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah pada 30 April 2018 dengan penuh adat istiadat di Balairung Seri, Istana Anak Bukit, Alor Setar. Istiadat bermula jam 11 pagi dengan keberangkatan tiba Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Maliha ke Balairung Seri, diiringi pembawa peralatan istiadat iaitu cogan agama, cogam alam, cokmar, pedang dan lembing.[7] Sejurus keberangkatan masuk pasangan diraja ke Balairung Seri, payung istiadat dikembangkan, disusuli paluan nobat. Watikah pemasyhuran Sultanah Kedah dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah di hadapan Sultan Kedah sebelum Sultanah Maliha bangkit mengucup tangan Sultan Kedah sebagai tanda istiadat menjunjung duli, disusuli 21 das tembakan meriam dengan paluan nobat. Ahli kaum kerabat diraja Kedah yang lain turut berangkat menghadiri istiadat pemasyhuran Sultanah Kedah.

Rujukan

WikiPedia: Sultanah_Maliha http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultanah... http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1459684 http://www.kosmo.com.my/terkini/sultanah-maliha-di... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2011/... http://www.sinarharian.com.my/nasional/sultanah-ma... https://m.malaysiakini.com/news/366225 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04... https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/11/... https://www.bharian.com.my/node/234667